Rekreasi Dan Pelancongan
Kawasan Perkelahan Gunung Ledang
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter [1], Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak di Johor dan daerah Jasin, Melaka.
Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin dan Gunung Telapa Burok. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka, daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor, bahagian barat daya Pahang seperti Keratong dan bahagian selatan Negeri Sembilan seperti Tampin, Gemencheh, Gemas, Kota dan sebahagian kawasan Jempol. Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Tangkak, Muar dan Kluang.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.Kawasan perkelahan Air Terjun Gunung Ledang merupakan tarikan yang utama di daerah Tangkak.Pelbagai kemudahan disediakan kepada para pengunjung termasuk tempat untuk bermalam dan melalukakn aktivit berkumpulan.