Program Jom Baca 10 minit 2019 – Kg. Teluk Rimba
24 April 2019 | Aktiviti TerkiniSeramai lebih kurang 100 orang pelajar termasuk guru dan ibubapa menyertai aktiviti Klik Dengan Bijak hasil program usahasama dengan Perpustakaan Desa Kg. Teluk Rimba pada program Jom Baca 10 minit anjuran oleh Perpustakaan Desa Kg. Teluk Rimba.
Program ini dapat memupuk semangat pelajar mengenai pentingnya keselamatan mengenai internet sama ada di media sosial dan juga semasa melayari internet. Dapat menyebarkan maklumta mengenai kebaikan dan keburukan media sosial atau internet atas talian di komputer dan juga telefon pintar tidak kira dimana sahaja kita berada pastikan kita berfikir dahulu sebelum sebar.
Klik dengan bijak. Berhati-hati dalam penyebaran maklumat, kenal pasti dahulu maklumat yang diterima sama ada betul atau palsu, jangan memberikan maklumat peribadi kepada pihak ketiga dan orang lain serta cara membuat kata laluan yang betul tanpa tidak perlu risau di godam.
Program ini matlamat utama adalah untuk menggalakkan semua orang membaca walaupun dalam tempoh 10minit tidak mengira bangsa, agama dan peringkat umur.
Program banyak disertai oleh pelajar seperti aktiviti KDB, mewarna gubahan warna, membaca jawi dan meneka silang kata daripada huruf jawi.
Program ini turut dirasmikan oleh Ketua Kampung Parit Sialang iaitu Encin Haji Zulkifli Bin Shakor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: