Sesi Hari Kedua Orientasi Program Interaktif E-Kelas Maxis
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Telok Rimba telah dipilih sebagai salah satu pusat pembelajaran selepas waktu sekolah. Pada tarikh ini sesi taklimat kepada ibubapa, guru-guru dan pelajar telah dijalankan.
Program ini adalah salah satu program inisiatif daripada Maxis iaitu pembelajaran secara digital selepas waktu sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Matapelajaran yang disediakan adalah tiga (3) subjek utama dan penting iaitu Matematik, Sains, dan juga Matematik.
Pembelajaran ini adalah 100% percuma ditanggung oleh pihak Maxis, dan pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu di Pusat Ekonomi Digital di bawah Maxis.
Pada sesi orientasi ini pelajar diberi pengenalan untuk program dan subjek yang ada untuk dipelajari.
Sesi telah dibahagikan mengikut umur dan mata pelajaran yang akan diambil.
Pelajar UPSR, PT3, dan juga SPM.
Malah pelajar Tingkatan 1,2, dan 4 juga boleh turut serta untuk mengetahui mengenai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: