Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital Teluk Rimba
8 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2018, Pusat Ekonomi Digital telah menganjurkan majlis dan program Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba.hari bersama komuniti. Majlis Hari Terbuka ini telah dirasmikan oleh YB Ir Dr Faizul Amri Bin Adnan. Majlis ini bermula pada pukul 8:00 pagi dimana pendaftaran kehadiran dan untuk aktiviti yang telah dibuka untuk semua pengunjung. Untuk memeriahkan lagi suasana, gerai usahawan oleh penduduk tempatan dan pameran dari agensi-agensi turut menarik perhatian pengunjung didalam majlis ini.
Program ini turut disertai oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak dengan memberi taklimat kepada ibubapa cara-cara pencegahan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Juga ada mengenai taklimat daripada Yapeim Ar-Rahnu mengenai proses jual beli dan pajak gadai emas dalam system penjualan islam. Selain itu taklimat Klik dengan Bijak juga turut dilakukan daripada staff Pusat Ekonomi Digital . Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran kanak-kanak daripada Tabika Kemas dan juga Pra sekolah daripada Kg. Teluk Rimba. Program tamat dan selesai pada jam 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: