Program Jom Membaca 10 minit & Klik Dengan Bijak
25 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24hb April 2018, satu Malaysia telah menjalankan aktiviti Jom Membaca selama 10 minit. Kali ini Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Teluk Rimba telah turut serta bersama Perpustakaan Desa Teluk Rimba menjalan program ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Pei Hwa.
Antara aktiviti yang dijalankan selain membaca 10 minit adalah membaca tulisan jawi, matematik, peribahasa bahasa melayu, perumpamaan dan lain-lain. Aktiviti ini disertai oleh pelajar sekolah malah staff dan guru dan dikalangan belia juga turut serta menyertai program ini.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan kebaikan membaca kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada golongan generasi muda yang lebih memilih gadget berbanding buku. Lokasi yang dipilih untuk merasmikan program ini adalah SMK Pei Hwa yang terletak di Sungai Mati. Sebelum majlis perasmian dijalankan bersama pelajar sekolah SMK Pei Hwa, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah Mari membaca Jawi, quiz matematik, quiz Am, Peribahasa Melayu dan teka silangkata Bahasa Melayu.
Pelbagai hadiah disediakan untuk dimenangi oleh pelajar. Program jom baca juga telah mengenalpasti pelajar yang telah memenangi anugerah tokoh nilam peringkat Daerah dan beliau telah dminta menyampaikan ucapan sempena Program Jom Baca. Majlis telah diteruskan dengan ucapan Pengawai Perpustakaan telok Rimba dan seterusnya Program Jom Baca telah dirasmikan Oleh GPK Pentadbiran SMK Pei Hwa iaitu Cikgu Mahmud Hassan. Program jom baca ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti sejak dari tempoh seminggu sebelum hari perasmian yang telah disertai bukan sahaja pelajar SMK Pei Hwa malahan guru-guru dan staff SMK Pei Hwa. Diantara aktiviti yang telah dianjurkan adalah menulis esei, tulisan tercantik.
Aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital adalah aktiviti ICT dan pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak seperti Buli Siber, Penyebaran maklumat palsu, E-waste, dan pendedahan mengenai laman sesawang “sebenarnya.my” iaitu sebelum mengetahui maklumtai itu palsu, sahih, atau betul mereka boleh semak dahulu di laman sesawang sebenarnya.my atau boleh juga membuat pertanyaan di laman sesawang itu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: