Usahawan Cilik
22 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPihak Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia telah menganjurkan kelas Usahawan bersama peserta bawah 13 tahun dimana kelas ini akan memfokuskan kepada Usahawan dan cara mempromosi produk mereka. Medium yang digunakan adalah Powerpoint. Mereka perlu menyediakan produk yang ingin dijual dan seterusnya mempromosi kepada pelanggan berdasarkan kriteria produk tersebut. Sebelum itu, peserta perlu menyediakan maklumat mengenai mereka dan cara-cara menarik untuk mempromosi produk secara Berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: