Hari Terbuka Dirasmikan Oleh YB Dato IR Dr. Haji Hamim Bin Samuri
25 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Disember 2017, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia telah menganjurkan Majlis Hari terbuka Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Telok Rimba. Majlis Hari Terbuka ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ir Hj Hamim Bin Samuri. Majlis ini bermula pada pukul 8:30 pagi dimana pendaftaran untuk aktiviti dan ahli Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia telah dibuka untuk semua pengunjung. Untuk memeriahkan lagi suasana, gerai usahawan oleh penduduk tempatan dan pameran dari agensi-agensi turut menarik perhatian pengunjung didalam majlis ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: