CATs Sesi 4 Dan Install Classroom Spypro
17 March 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Telok Rimba telah mengadakan kelas Bahasa Inggeris untuk peserta kategori bawah 18 tahun. Kelas ini telah menggunakan CATs iaitu website yang memberi pendidikan Bahasa Inggeris melalui soalan-soalan yang mengikut peringkat kefahaman Bahasa Inggeris peserta. Kelas ini yang telah disertai oleh peserta sekolah rendah dan menengah akan dibantu oleh staff PI didalam usaha untuk memahami soalan-soalan yang diberikan dengan lancar.
Staff akan mengajar peserta dihadapan dan memberi soalan-soalan yang mudah untuk menguji peserta. Seterusnya, peserta akan diajar untuk menginstall classroom spy pro iaitu applikasi yang memudahkan staff untuk memantau setiap computer dari jauh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: