Jom Ngaji
8 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPerpustakaan Desa Telok Rimba bersama Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba telah mengadakan aktiviti Jom Ngaji. Program Jom Ngaji ini adalah inisiatif daripada perbadanan perpustakaan awam Malaysia dalam mengalakkan masyarakat dalam aktiviti mengaji. Program ini juga telah dijalankan serentak pada masa yang sama diseluruh Malaysia. Diantara program yang telah diadakan adalah aktiviti mengaji beramai-ramai dan ceramah 5 minit.
Aktiviti ini terbuka kepada semua masyarakat dan digalakkan untuk masyarakat muslim. Aktiviti ini dimulakan dengan aktiviti mengaji yang diketuai oleh Ustazah Zainab dan seterusnya beliau akan mengadakan ceramah 5 minit untuk semua peserta. Peserta yang hadir digalakkan membawa al-quran sendiri untuk memudahkan aktiviti mengaji beramai-ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: