Bijak Matematik dan Kraftangan sesi 2
20 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Telok Rimba bersama-sama perpustakaan Desa Telok Rimba telah menganjurkan Program Bijak Matematik dan kraftangan untuk peserta kategori sekolah rendah dimana program ini memfokuskan cara-cara menjawab matematik dengan mudah. Program ini adalah lanjutan dari program bijak matematik dan kraftangan sesi 1. Soalan-soalan yang diberikan juga adalah bersesuaian untuk peserta sekolah rendah dan hanya memfokuskan kepada soalan tambah dan tolak. Peserta akan diberi soalan dan diminta menjawab mengikut masa yang diberikan.
Peserta diajar membuat kraftangan yang mudah. Staff akan memberi tunjuk ajar kepada peserta dan mereka perlu mengikut langkah-langkah yang diberi untuk memberi hasil yang lengkap. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk kedua-dua hari program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: