Powerpoint (How to Presentation)
13 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Telok Rimba telah mengadakan kelas Microsoft Office Powerpoint kepada peserta bawah 15 tahun dimana kelas ini akan memberi pendedahan kepada peserta mengenai Pembentangan dan penggunaan slide show di dalam pembentangan. Peserta akan diajar mengenai tools yang terdapat didalam Microsoft Office Powerpoint dan cara-cara menggunakannya untuk mereka slide yang bersesuaian dengan pembentangan mereka. Seterusnya, peserta akan diberi tajuk tertentu dan mereka perlu mereka slide show berdasarkan tajuk yang diberikan.
Melalui kelas ini, peserta akan mendapat ilmu yang baru mengenai pembentangan yang akan mereka lalui di sekolah menengah nanti dan seterusnya dapat menggunakannya untuk pembentangan mereka nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: