Bendera Malaysia
28 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas yang dianjurkan untuk kali ini adalah untuk mengenalkan peserta kepada bendera-bendera yang mewakilkan negeri yang terdapat di Malaysia. Peserta akan diperkenalkan kepada 14 bendera negeri yang terdapat di dalam Malaysia dan mereka juga akan diberi maklumat mengenai bendera tersebut seperti maksud warna, logo dan sejarah negeri. Untuk aktiviti seterusnya peserta akan diberi latihan untuk menguji memori dan kecekapana mereka dalam menyenarai 14 bendera di dalam Malaysia. Sebagai permulaan, peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mereka perlu menyenarai bendera terpantas. Seterusnya, peserta perlu mereka bendera negeri menggunakan Microsoft Office Words.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: