Kahoot! Peribahasa Melayu
19 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniAktiviti yang telah dianjurkan untuk kelas kali ini adalah kuiz Bahasa Malaysia. Medium yang digunakan adalah Kahoot! dan kelas hari ini hanya bertumpu kepada peribahasa Melayu yang banyak digunakan didalam pendidikan Bahasa Malaysia disekolah. Satu set soalan yang terdiri daripada 20 soalan akan dipapar di skrin layar dan peserta perlu menjawab soalan mudah yang diberikan dalam masa yang tertentu dengan mengklik di jawapan yang betul. Aktiviti yang dianjurkan kali ini adalah bertujuan untuk memastikan peserta lebih fokus dengan soalan yang diberikan dan pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan mereka tidak seperti “kacang yang lupakan kulit” kerana lebih fokus kepada penggunaan Bahasa Inggeris seingga melupakan Bahasa kebangsaan kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: