Marhaban Raya

06 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba bersama Perpustakaan Desa Telok Rimba dan Tabika Kemas Telok Rimba telah menganjurkan majlis Marhaban Raya bersama komuniti Kampung Telok Rimba. Majlis ini adalah bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aildilfitri. Diantara aktiviti yang telah dianjurkan untuk peserta adalah cappan iaitu aktiviti yang memerlukan peserta kategori dewasa menggunakan kreativiti mereka dalam menghias kertas menggunakan bahan-bahan yang dicap pewarna.

Seterusnya, peserta kanak-kanak akan dipertontonkan dengan video-video pendek yang mempunyai nilai-nilai murni. Mereka juga akan diberi kuiz Bahasa Melayu untuk dijawab oleh peserta. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan marhaban dan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang diketuai oleh guru Tabika kemas, Pn Jaharah. Diakhiri dengan jamuan ringan dan penyampaian hadiah kepada peserta bagi setiap aktiviti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali