DIY Aktiviti Ahli Pusat Ekonomi Digital dan Perpustakaan Desa Teluk Rimba

30 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pihak Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba bersama Perpustakaan Desa Telok Rimba telah menganjurkan Program kreativiti menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di kedai dan rumah, program dijalankan bersama peserta ahli Pusat Ekonomi Digital dan Perpustakaan Desa. Para peserta akan diberikan bahan-bahan dan arahan untuk membuat kreativiti mereka sendiri dan seterusnya mereka akan diminta untuk menghasilkan kreativiti mereka berdasarkan bahan-bahan dan tunjuk ajar yang telah diberi.

Staff Perpustakaan dan staff Pusat Ekonomi Digital akan membantu peserta untuk menjayakan hasil kreativiti kraftangan mereka. Selain itu juga turut diadakan aktiviti klik dengan bijak dan kuiz matematik untuk ulangkaji pelajaran yang dipelajari di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali