Kembara Selatan Johor
25 September 2017 | Aktiviti TerkiniPerpustakaan Desa Telok Rimba, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Telok Rimba dan Perpustakaan Desa Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Kembara 2017 yang bertempat di Perpustakaan Desa dan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Telok Rimba. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim diantaran komuniti di Telok Rimba, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia, Perpustakaan Desa Telok Rimba dan juga wakil dari Perpustakaan Negeri Sembilan.
Kedatangan wakil dari Perpustakaan Desa Negeri Sembilan juga bertujuan untuk melawat Perpustakaan Desa Telok Rimba dan tempat-tempat menarik di Telok Rimba. Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang turut disertai oleh pelbagai kategori iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa mewakili dari kedua-dua komuniti. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah kolaj gambar, bowling kelapa, typing contest dan kuiz ICT. Program diakhiri dengan ucapan dari wakil Negeri Sembilam, Ketua Kampung Telok Rimba dan penyampaian hadiah. Seterusnya, mereka akan melawat kilang otak-otak dan mee siput di Telok Rimba sebelum beransur pulang ke Negeri Sembilan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: